doa utk ketenangan hATi

اللَهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَـفْسـاً بِكَ مُطْمَئِنَّـةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ بِعَطَائِكَ .

Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu”

:D

morning sunshineeeeeee....
weeee....
hari yg sangat33333 happy utk aku....
hari akhir tahun hijrah.....
walaupun tahun ni.... tahun yg sgt byk cabaran utk aku....
mcm2 terjadi.... sehingga kadang2 membuat aku down yg teramat..
tapi Allah still bagi aku kebahagiaan..
subhanallah.... terima kasih Allah....
hikmah yg amat baik dari MU...
semoga Engkau pelihara hati aku... sentiasa bersangka baik atas setiap ujian MU...
aminnn....

nak tahu tak... kenape aku happy?
tak nak???
'de aku kesah' (ayat aimi)
hahaha suke hati aku lahhh... blog aku... aku nak tulis ape kan....

opssss....
happy... sebab hari niii..... awal2 buta..... subuh2... (subuh kat m'sia) kat sini dah benderang dahh... hehe
~~ade org sms aku.....
jengg3....
beliau menyatakan... yg beliau merindui aku...
lalu membuat aku senyum... walaupun sangat mengantuk....
1st.... beliau kata.... beliau sgttttt rindukan sumone.... sumone yg jauh dari dia....
time tu.... aku tak rasa pape... sbb... sbb.... sbb....
ye lahh.....
aku tak nak lah jadi perasan ....
TAPI.... biler beliau berkata2 yg beliau rindu kan budak bernama liya...
gulppppp.... aku menjadi sgt happy....
sampai tertido semula....
dan sambung balik happy tu.... biler... fon aku berbunyi....
dan aku mendengar suara romantis nya buat kali pertama..... (hahaha ayat tak bole bla...)
beliau suh aku bangun...
dan... dia ckp.... dia dah nak gerak....
aku sukaa.....
apabila org buat laporan cengitu.... hahaha
best borak dgn dia.... ceria dan macho jek..... kontrol arr tuh.... huh!!!
lepas tu....
ketika aku masih dalam selimut....
dia hantar sms....
"Grr bertambh rindu plak"

hikhik....diikuti dgn beberapa sms... termasuk yg nii.....
"Puase sunat ek.. gud2 tp da tau dmam ptt xyah pOse syg.. k pape kang i bgtau k..xleh stop senyum nie haha apy plak pg nie huhu thanx b. da g tdO k. rest ckp2..
lurve u"
~~ (huh bebel.....)

lalalalalaa....
semalam 1 hari merajuk....
tah pape....
oittt bukan aku k.... tapi dia yang merajuk....
aku ok jek.... hehe.... smlam g umah akak senior....
ade majlis sempena maal hijrah....
tapi aku tak gitau dia pun....
ahaksss....
padan muke... sapa suh majuk...

lepas habis bace yaasin jek aku terus balik....
kepale dah weng2.....
rase nak muntah segale bagai.....
guess what??
DEMAM...... damnnnnn...
huhu....
then akak den yg tercinta call..... haihsss.....
bebel about sumthing......
sabar jer lahhh....

erkkk alamakkkk dah lambattt....
aku de kelas nii.....
ok lasttt2..... aku nak kopipes email ni......
thanks kwn2 aku tersyg yg hantar pada aku email nii....
SEMOGA AKU MENJADI KAWAN YG BAIK UTK KORANG

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:



-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;



-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;



-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;



-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;



-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu



-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;



-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;



-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;



-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;



-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;



-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;



-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;



-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;



-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

~~





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

B'n'baBy