doa utk ketenangan hATi

اللَهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَـفْسـاً بِكَ مُطْمَئِنَّـةً ، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَـائِكَ ، وَ تَقْنَعُ بِعَطَائِكَ .

Maksudnya : “Ya Allah , aku memohon dariMu jiwa yang tenang , yang beriman dengan pertemuan denganMu , redha dengan ketentuanMu , dan merasa cukup dengan pemberianMu”

Kau, Aku BERBEZA... Kau, Aku ISTIMEWA...

hari ni aku nak share artikel yg aku dapat dari wall seorang abg.... 'azrul nizam...'
yg berada di south africa.....
aku suka sgt melawat wall abg ni...... walaupun kdg2 aku tak faham apa yg dia tulis di status.... sbb bahasa mcm2 yg beliau gunakan... ngee.... tapi aku suka tengok gambar2 di album dia..... SANGAT CANTIK!! siyus...
terutama gambar sekitar world cup.....
selalu juga abg ni share.. bermcm2 qoute yg menarik.... note2 yg bagus...
kedit utk abg azrul..... TERIMA KASIH... :)

~rupe2nya... abg azrul anak kepada ibu..... IBU MAZIAH.... huhu... selalu aku tegur ibu.... ibu jugak selalu menyapa aku....
she's very lovely..... bahasakan dirinya 'ibu' dgn aku.... :)
~ dan dia juga kawan kepada izzat..... OMG... keciknya dunia nieh... huhu



**************************


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh..

Manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya..

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh..Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya.. Terutama anak lelaki yang tua..

Manakala perempuan tidak.. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya.. Kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.. Kalau nak dibayangkan berat dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut..

Mengikut kajian hayat orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.. (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah kira-kiranya.. ^_^

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki...

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya..

Saksinya kurang berbanding lelaki.. [1]

Menerima pusaka kurang dari lelaki..

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya..

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak.. Tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini.. Dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil)..

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya..

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya..

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah.. Tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa

perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki.. Tetapi ingatlah wahai lelaki.. Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah.. Dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.. Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya.. Supaya kelak masing-masing, lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.." (Ali-'Imran:103)

[1]

Daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah S.A.Wbersabda:

"Wahai kaum perempuan, bersedekah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui (bahawa) kamu golongan yang banyak sekali antara ahli neraka.."

Seorang perempuan yang bijak antara mereka berkata:

"Ya Rasulullah mengapa kami menjadi golongan yang banyak sekali antara ahli neraka?"

Baginda menjawab: "(Kerana) kamu selalu mengutuk dan memaki-hamun dan kamu pula tidak mengenang budi suami dan (selain itu) aku tidak melihat golongan yang kurang akal dan kurang pula (amal) agamanya serta besar pula pengaruhnya kepada orang lelaki bijak bestari (sekalipun) – selain daripada kamu.."

Perempuan itu bertanya lagi katanya: "Ya Rasulullah apa maksudnya: (Kaum perempuan) kurang akal dan kurang (amal) agama itu?"

Baginda menjawab: "Mengenai kurang akal, maka (ketika menjadi saksi): Saksi dua perempuan, (hanya) menyamai saksi seorang lelaki; maka inilah (tanda) kurang akal.. Dan seseorang perempuan pula akan tinggal beberapa hari dengan tidak mengerjakan solat (kerana kedatangan haid) dan dia pula ada kalanya tidak berpuasa pada Ramadan (kerana kedatangan haid juga) maka ini dan (tanda yang menunjukkan kaum perempuan) kurang amal agamanya (berbanding dengan kaum lelaki).."

(Hadis riwayat Bukhari dan Ibn Majah)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

B'n'baBy